Tuesday, March 1, 2011

selamat hari jadi kak long..

Hari ni genap 5 tahun usia kak long...dah besar anak akak ni..dah pandai bergaya..pandai merajuk..dan tak tahan pandai melawan..yela hati budak- budak..bila ditegur mesti ada je yang tak kena...

pernah di suatu pagi..akak tegur la supaya cepat sikit bersipa nak pergi sekolah..mungkin nada yang digunakan memang tinggi pun..hehhe..boleh dia dengan bertuala terkedek- kedek datang bilik kita sambil berkata..
kak long:"mama kak long nak lari dari rumah la cam ni..asyik kena marah je dengan mama...kak long nak isi baju dalam beg..."
akak :" pergila..nak ke mana..kuala lumpur ke?..ingat kat sana tak de orang jahat..ada ke katil kat sana?.."
kak long: "tak lah..bukan kuala lumpur..kak long nak pindah rumah depan rumah kita tu..rumah tu kosong..dekat sikit dengan rumah mama...boleh nampak mama..bila lapar boleh makan kat rumah mama..."
akak: oh yeh?

itulah antaranya...setiap hari ada je perkara yang pelik tapi benar..hakikatnya nak membesarkan anak bukannya mudah..nak buat anak mudah la kot...hehehe....

sempena hari jadi kak long tahun ini..kami beria la sikit dengan membawa kek dan goodies ke tadikanya..semoga menjadi anak yang solehah..dan dirahmati Allah..love u la kak long..